186 warga Palestin dibunuh, 15,645 cedera sejak 1 Oktober tahun lalu

Palestine-funeral-prayers-of-14-Palestinians-returned-by-Israelis-killed-by-Israeli-soldiers-Husayin-Mosque-in-Hebron-1-Jan-2015-Pho-Wisam-Hashlamoun-AA-2-513x239

RAMALLAH, Selasa – Sekurang-kurangnya 186 warga Palestin di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan timur Jerusalem dibunuh pasukan keselamatan rejim Zionis sejak 1 Oktober tahun lalu, manakala 15,645 lagi cedera, kata Palang Merah Palestin (PRC) dalam laporan terbaru mereka.

Dalam tempoh masa yang sama, 33 warga Israel terbunuh dalam gelombang kekacauan yang kebanyakan pemerhati menyifatkannya sebagai ‘intifada ketiga Palestin’.

Dalam kenyataan semalam, PRC menyatakan 41 daripada 186 warga Palestin itu terbunuh sejak awal tahun ini.

Menurut PRC, sepanjang tempoh lima bulan lalu, pasukan keselamatan Israel membunuh 41 warga Palestin dari Timur Jerusalem, 73 dari Hebron dan Ramallah, 19 dari Jenin, 10 dari Bethlehem, 1- dari Nablus dan lima dari Tulkarm dan Salfit, sebagai tambahan kepada 25 rakyat Palestin dari Gaza dan dua Arab-Israel.

PRC juga berkata, 88 daripada warga Palestin dibunuh kerana didakwa menikam atau cuba menikam warga Israel, 53 terbunuh ketika bertempur dengan pasukan keselamatan Israel, 21 dibunuh selepas didakwa menyerang menggunakan kenderaan, empat maut kerana pengeboman Israel dan dua dilanggar oleh pendatang Yahudi.

Dalam tempoh masa yang sama juga, seorang kanak-kanak Palestin di Gaza terbunuh akibat bahan letupan Israel, manakala seorang lagi maut ketika dalam tahanan rejim Tel Aviv.

Kira-kira 15,645 warga Palestin pula cedera akibat ditembak, termasuk 3,153 terkena tembakan peluru getah. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?