Al-Farouq FC fokus persediaan pasukan, tak gentar pihak lawan

photo_2016-03-01_17-44-42

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Selasa – Al-Farouq FC kini sedang giat memperkemaskan kemahiran serta menjalani latihan bagi bertempur di medan Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Isma 2016, 5 dan 6 Mac ini.

Pengurus pasukannya, Muhammad Ruziani Abdul Razak berkata, setakat ini persiapan pasukannya agak baik dan berjalan lancar.

“Kami mengutamakan kecergasan dan stamina bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan dalam masa yang sama.

“Kami juga berharap agar kesemua pasukan, bukan sahaja Al Farouq FC dapat bermain secara bersungguh-sungguh dan penuh semangat kesukanan.

“Bagi kami, persediaan pasukan kami lebih penting daripada berfikir kelebihan pasukan lain,” katanya kepada Ismaweb.

Selain itu, pasukan ini yang menjalani dua kali latihan dan berhadapan dengan perlawanan persahabatan sekurang-kurangnya sehari setiap minggu turut meletakkan harapan bagi merebut piala bagi kejohanan yang julung kali diadakan ini.

“Bersesuaian dengan nama Al-Farouq FC, kami ingin menjadi pasukan yang berbeza daripada pasukan lain.

“Kami fokus untuk menjuarai kejohanan kali ini!,” katanya.

Al-Farouq FC merupakan sebuah pasukan bola sepak di bawah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang sudah bergiat sejak 2010.

Ianya pada sebelumnya menggunakan nama Krim Gombak dan disertai secara majoriti oleh ahli Isma Gombak dan telah menyertai pelbagai kejohanan terbuka secara aktif.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?