LEKAS laksana kutipan tol elektronik esok

LOGO_LEKAS

SEREMBAN, Selasa – Pengendali Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan mula melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai jam 12 tengah hari esok.

Bagaimanapun, LEKAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengguna yang memasuki enam plaza tol lebuh raya itu, iaitu Kajang Selatan, Semenyih, Pajam, Mantin, Setul dan Ampangan sebelum jam 12 tengah hari esok, diberi tempoh membuat bayaran tunai ketika keluar dari lebuh raya sehingga jam 12 tengah malam, 3 Mac.

“Ini selepas mengambil kira pengguna yang berhenti di kawasan rehat dan rawat atau meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama di kawasan lebuh raya.

“Lekas juga akan mengedarkan sebanyak 50,000 kad Touch ‘n Go secara percuma yang mana pengguna cuma perlu membayar nilai kredit minimum berdasarkan kelas kenderaan masing-masing,” kata kenyataan itu.

Bagi melancarkan operasi, kemudahan Lorong Tambah Nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go di LEKAS akan beroperasi selama 24 jam serta penempatan kakitangan di lorong bagi membantu mereka yang menghadapi masalah.

Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan ketika melalui semua plaza tol bagi melancarkan perjalanan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?