40,000 rakyat Syria larikan diri
DAMSYIK, Sabtu – Sekurang-kurang 40,000 rakyat Syria melarikan diri dari bandar Aleppo selepas tentera kerajaan memperhebatkan serangan ke atas kumpulan pemberontak sejak beberapa hari lalu.
Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) dalam satu kenyataan berkata, keganasan yang semakin meningkat itu memaksa penduduk meninggalkan bandar berkenaan dan menuju ke pekan Azaz serta dua buah kem pelarian iaitu Bab al-Salam dan Sijjou yang terletak di kawasan sempadan.
“Pekan Azaz menampung lebih 75,000 orang pelarian sejak Januari lalu dan kehadiran kumpulan baharu itu nanti akan mencetuskan situasi kemanusiaan yang lebih buruk,” kata kenyataan itu.
Setakat ini, Pertubuhan perubatan, Doctors Without Borders (MSF) turut memaklumkan bahawa lebih 100,000 orang terperangkap di beberapa kawasan di Syria yang bersempadan dengan Turki.
Selebihnya kira-kira 35,000 orang penduduk telah melarikan diri dari kem berkenaan sejak minggu lalu disebabkan ancaman militan Negara Islam (IS).
Ini berikutan tindakan Turki menutup sempadan juga memburukkan lagi keadaan walaupun penduduk yang sakit atau cedera dibenarkan memasuki negara tersebut.
Susulan itu agensi kemanusiaan dikerah untuk mengagih-agihkan bantuan termasuk selimut dan makanan kepada beribu-ribu pelarian selain bersedia untuk menghadapi gelombang pelarian yang lebih ramai. -Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan