‘Artis luar masuk Malaysia boleh, pendakwah Islam masuk kena halang’
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Isnin – Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Melaka, Ustaz Shuhaib Ar Rumy Selamat hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir pihak termasuk pihak polis yang cuba menghalang pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramah dalam negara ini.
Beliau berkata, sebelum ini jika mana-mana artis luar masuk ke Malaysia tidak pula dihalang, sebaliknya jika pendakwah Islam ramai pula yang membuat bantahan.
“Pelawak, artis joget, penyanyi semua masuk ke dalam negara untuk menjahannamkan generasi muda tapi tak ramai yang bising untuk kerajaan halang.
“Bila pendakwah nak masuk, riuh satu dunia. Apalah nasib negara ni,” kata Ustaz Shuhaib menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebooknya hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kemelut isu yang melanda Dr Zakin Naik apabila dihalang untuk meneruskan ceramahnya di negara ini.
Pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitnya memaklumkan bahawa program Dr Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada hari Ahad, 17 April ini tidak dapat diteruskan atas alasan menjaga ketenteraman awam.
Walaupun begitu, status penganjuran program Dr Zakir Naik pada 16 April di Kuala Lumpur masih belum diketahui setakat ini.
BERITA BERKAITAN:
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan