Ayam stress berikutan cuaca panas El Nino

ayam kampung dinara farm melaka malacca chicken farm (7)

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, Khamis – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cuaca panas El Nino yang melanda negara kini menyebabkan ayam mengalami ‘stress’.

Katanya, situasi El Nino itu menyebabkan proses pembesaran ayam terbantut.

“Bukan hanya manusia, malah ayam juga turut terkesan dengan cuaca panas El Nino.

“Ini boleh berlaku apabila ada penternak ayam yang masih menggunakan kaedah lama iaitu kaedah reban terbuka.

“Apabila suhu tinggi, kadar stress ayam akan meningkat contohnya daripada 38 hari menjadi 40 hari untuk mencapai berat tertentu,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Shabery berkata, keadaan cuaca panas akan menyebabkan pengeluaran ayam berkurangan antara lima hingga 10 peratus.

“Apabila bekalan ayam berkurangan, kita bimbang rakyat pula akan stress,” selorohnya.

Justeru, penternak ayam kini lebih banyak menggunakan kaedah reban tertutup yang membolehkan suhu di dalam reban dikawal.

“Untuk menghadapi bulan puasa, semua keperluan telah diatur, bermula sekarang kadar penetasan ayam telah ditambah. Jika bekalan masih belum mencukupi, kementerian bersedia mengimport ayam bagi memastikan harganya stabil,” katanya.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?