Buat kajian mendalam sebelum dasar tingkatkan lebih ramai wanita bekerjaya

dr rafidah perwanis 2016

Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim

SHAH ALAM, Rabu – Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan, Fakulti Perubatan dan Sains, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar mengingatkan pembuat dasar Malaysia untuk menimbang beberapa perkara sebelum meninggikan target wanita terlibat dalam bidang pekerjaan seperti ditetapkan oleh indikator badan dunia seperti Gender Gap Report.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai hasrat yang disuarakan oleh Malaysia dalan sidang Kemuncak Wanita Global di Paris pada 2014 untuk melahirkan lebih ramai wanita menjawat jawatan pembuat dasar seperti di negara Perancis, Norway dan Sweden.

“Dasar ini memerlukan kita untuk meneliti beberapa perkara seperti kadar kesuburan di Malaysia yang lebih tinggi berbanding negara Eropah yang dijadikan contoh.

“Kadar kesuburan di Denmark dan Sweden adalah lebih rendah daripada kadar kesuburan di Malaysia dan ini menjadikan rakyat mereka berupaya menyumbang lebih tumpuan kepada kerjaya berbanding menguruskan penjagaan anak-anak seperti di Malaysia,” katanya yang juga memegang jawatan Ketua Penerangan Wanita Isma.

Malah, Kesatuan Eropah itu sendiri mulai risau dengan populasi generasi muda yang semakin kurang akibat polisi mereka yang menggalakkan wanita berada di sektor kerjaya.

Bagaimanapun, Malaysia juga dilihat kini sedang menuju ke arah yang sama seperti negara-negara Eropah apabila kadar kesuburan di negara ini direkodkan semakin menurun.

Beliau berkata demikian ketika memberikan pembentangan bertajuk ‘Kesan Polisi Dasar Wanita Negara Terhadap Kemenjadian Masyarakat’ sempena Persidangan Wanita Islam Antarabangsa (PERWANIS) 2016, di sini, hari ini.

“Hal ini boleh menyebabkan penyusutan tenaga buruh dalam jangka masa panjang.

“Negara yang ingin menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk jangka panjang perlu mengekalkan kadar kesuburan yang tinggi bagi mengekalkan tenaga kerja dan bagi mengganti populasi berumur,” katanya.

Mengikut indikator Gender Gap, kadar jurang perbezaan jantina di negara ini dikategorikan masih besar, dan, Malaysia telah dicatatkan di tangga ke 111 daripada 145 negara yang berusaha untuk merapatkan jurang ini.

Mengulas lanjut katanya, isu kerjaya wanita ini turut merupakan faktor yang menyumbang kepada kadar kes perceraian yang semakin meningkat apabila wanita pada hari ini lebih gemar hidup bebas dari sudut kewangan.

Kadar penceraian di Malaysia meningkat 2 kali ganda dari tahun 2004. Dalam tahun 2012, sebanyak  56,760 kes cerai dilaporkan dan ini bersamaan dengan 1 kes cerai setiap 10 minit. Menurut statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pula, bilangan pasangan Muslim yang bercerai meningkat 2.3 kali ganda daripada 20,916 kes dalam tahun 2004 kepada 47,740 pada tahun 2012, dan  49,311 pada tahun 2014.

 
Dr Julian Hopkins, pakar antropologi Universiti Monash Malaysia menyatakan bahawa kadar peningkatan perceraian secara umumnya berkaitrapat dengan proses industrialisasi dan dengan meningkatnya bilangan wanita yang lebih independen dari sudut kewangan. Penerimaan masyarakat terhadap pasangan bercerai semakin terbuka jika dibandingkan dengan zaman lalu. Tambah beliau, separuh kedua abad ke 20 menyaksikan terdapat hubungkait antara lebih ramai wanita sebagai tenaga kerja dan penceraian.

Katanya, Malaysia perlu membuat kajian terperinci agar peranan perkasa wanita sebagai isteri dan ibu untuk memberi kefahaman agama kepada anak-anak dapat diseimbangkan dengan tuntutan kerjaya mereka.

“Institusi perkahwinan dilihat telah banyak diabaikan di negara-negara yang mengejar pertumbuhan ekonomi semata-mata dengan menekankan penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan.

“Lihat sahaja di Eropah, Amerika dan negara-negara Oceania di mana institusi kekeluargaannya telah berkurang dengan meningkatnya kes-kes perceraian, anak luar nikah, bersekedudukan dan melewatkan perkahwinan,” jelasnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?