DAP gelar Dr Zakir Naik ‘setan’
BANGI, Isnin – Sikap kurang ajar parti rasis dan cauvinis terhadap umat Islam terserlah lagi apabila Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelar Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’.
Menerusi kenyataan awal dalam Facebooknya, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Bagaimanapun, tiga jam kemudian, Ramasamy telah menyunting status itu dengan memadam perkataan ‘satan’.
Dalam kenyataan sama, Ramasamy bertindak biadab dengan menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam.
Katanya lagi, rakyat Malaysia yang diketuai oleh pertubuhan India dan Hindu perlu membuat laporan polis terhadap Dr Zakir Naik.
Komen jahat Ramasamy muncul selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC yang kemudiannya dikutuk oleh umat Islam.
Program pertama Dr Zakir Naik yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.
Dr Zakir Naik berada di Terengganu selama lima hari dan akan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.
Kehadiran beliau di Terengganu bagi memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Dr Zakir turut keluar kos sendiri, hanya penginapan, makan ditanggung: MB Terengganu
KATA PEDANG: Hindraf, Pemuda MIC ketakutan, tak hormat umat Islam
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan