Gempa bumi di Jepun: 100000 hilang tempat tinggal
MINAMI ASO, Rabu – Hampir 100,000 penduduk di selatan Jepun kehilangan tempat tinggal selepas berlakunya gempa bumi diPulau Kyushu, minggu lalu.
Kebanyakan penduduk terpaksa berpindah selepas kediaman mereka runtuh dan musnah, sekali gus menyebabkan memaksa mereka menumpang di tempat perlindungan sementara.
Dalam gempa bumi tersebut dilaporkan setakat ini 44 telah terkorban dan lebih 1,000 yang lain cedera dalam gempa berukuran 6.5 pada skala Richter yang melanda Pulau Kyushu pada Khamis diikuti gegaran kuat kedua berukuran 7.3 pada skala Richter, dua hari kemudian.
Susulan kejadian itu, rumah, jalan raya dan landasan kereta api dihanyutkan banjir lumpur yang tercetus akibat gempa itu.
Bangunan, termasuk asrama universiti dan kompleks kediaman, ranap dengan beberapa orang dikhuatiri tertimbus.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Shinzo Abe berkata, kerajaan sedang berusaha mencari mangsa yang masih terperangkap, dalam masa sama memberi jaminan untuk memberi perlindungan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal.
“Ramai penduduk berada dalam ketakutan dan berkumpul di pusat pemindahan sementara. Kami akan terus memberi bantuan kepada mereka yang terjejas,” katanya. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan