Golongan LGBT tidak diterima sebagai anggota polis

DATUK NOOR RASHID IBRAHIM

KUALA LUMPUR, Sabtu – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, individu yang mengamalkan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender’ (LGBT) secara terbuka tidak akan diterima sebagai anggota polis walaupun berkelayakan.

“Budaya LGBT tidak diterima di negara ini.

“Sekalipun mereka layak untuk menjadi anggota polis, mereka perlu mematuhi budaya yang diterima di negara ini,” katanya dalam satu sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai lantikan beberapa anggota polis daripada komuniti LGBT di beberapa negara barat.

Mengulas lanjut Datuk Seri Noor Rashid berkata, beliau bukan orang yang menentukan budaya LGBT, sebaliknya ia adalah penerimaan masyarakat di negara ini.

Ia berikutan sebelum ini akhbar The Hindu melaporkan negeri di Selatan India telah melantik seorang anggota polis wanita transgender, K. Prithika Yaashini.

Malah, Amerika Syarikat turut mempunyai kumpulan yang menyokong pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang transgender yang digelar Komuniti Transgender untuk Polis Sherif (TCOPS).

Pada tahun 1991, jabatan polis New England telah membentuk New England Gay Officers Action League (GOAL) untuk menyokong pegawai-pegawai mereka yang berasal daripada komuniti LGBT.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?