Imam Masjid Nabawi meninggal

Imam_of_Prophet_Mosque_Passes_Away

MADINAH, Isnin – Imam Masjid Nabawi, Sheikh Dr Muhammad Ayyub meninggal dunia pada 6.26 pagi waktu Madinah atau 12.26 tengah hari semalam waktu Malaysia.

Berita kematian tokoh agama yang berusia 65 tahun itu dimaklumkan secara rasmi di akaun Twitter @DR_MAyoub.

Ribuan pengikut dilaporkanmenghadiri majlis pengebumiannya selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Baqih Al-Gharghad, Madinah.

Dr Muhammad Ayyub sebelum ini pernah menjadi imam Masjid Nabawi pada 1989 sebelum berhenti dan kembali menggalas tanggungjawab itu tahun lalu.

Allahyarham juga merupakan pensyarah dalam bidang Tafsir Quran di Universiti Islam Madinah lahir di Mekah dan mula menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?