Istilah ‘lain-lain kaum’ dalam borang rasmi di Sarawak dimansuh

sawak
KOTA SAMARAHAN, Sabtu – Istilah ‘lain-lain kaum’ yang merujuk kepada pelbagai etnik Bumiputera di Sarawak dalam semua dokumen dan borang rasmi kerajaan dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta.

Serentak itu, arahan dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pengarah JPN Sarawak untuk menguatkuasakan pindaan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemansuhan itu diluluskan Kabinet dibuat bagi memenuhi permintaan penduduk Sarawak.

Pemansuhan istilah ‘lain-lain kaum’ bagi mewakili etnik di Sarawak dalam dokumen dan borang rasmi kerajaan adalah antara 53 prinsip dan tindakan yang dilaksanakan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sejak memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak pada Februari 2014.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?