Isu MB: Najib akan menghadap Sultan Terengganu

Datuk_Ahmad_Razif_Abdul_Rahman_bonus-558x320
LUNDU, Isnin – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa 
terdekat berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu.

Najib pada masa yang sama meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.

“Saya dijadual menghadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat. Selepas itu, baru saya akan keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita di sini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata demikian ketika diminta mengulas isu itu selepas hadir dan memberi sokongan kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, calon BN DUN Tanjung Datu di sini hari ini bersempena penamaan calon Pilihan raya Sarawak ke-11. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?