Jadikan kekentalan wanita Palestin sebagai contoh

kak syimah aman palestin
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

SHAH ALAM, Selasa – Peranan wanita Palestin sangat berbeza berbanding peranan wanita dari seluruh dunia.

Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin Berhad, Hajah Hashimah Salleh, berkata ini kerana wanita Palestin menggalas tugasan untuk mentarbiah anak-anak yang kematian ayah.

“Mereka turut berjuang menentang musuh dan ada masanya wanita Palestin gugur di medan jihad. Wanita-wanita tabah ini turut menjadi mangsa tahanan dan mangsa yang menderita kesakitan akibat terkena bom dan sebagainya.

“Mereka membenarkan anak-anak mereka menjadi para mujahid untuk membela dan berjuang demi Masjid Al-Aqsa,” katanya di Persidangan Wanita Islam Antarabangsa (Perwanis) 2016, di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, hari ini.

Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pendekatan Tarbiyyah Islam sebagai satu solusi Kemenjadian Wanita Muslimah’ berkata, wanita Palestin mendidik anak-anak mereka dengan sebaik mungkin bagi memperjuangkan negaranya.

“Wanita Palestin mendidik generasi dengan sebaik-baik cara iaitu cara melahirkan dan mendidik generasi yang mengenal perjuangan jihad untuk melahirkan generasi pembebasan dan pembelaan kemenangan suatu hari nanti,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kesemua wanita seluruh dunia agar mencontohi kegigihan wanita Palestin supaya boleh melahirkan jiwa-jiwa Muslimah yang kental.

“Kita boleh menjadikan wanita Palestin sebagai qudwah wanita solehah. Wanita-wanita di luar sana, perlu mempersiapkan generasi muda dengan mendidik serta mentarbiah cara sebenar kehidupan Islam supaya mereka menjadi pemimpin yang berilmu dan bertakwa,” katanya.

BERITA BERKAITAN:

‘Baiti Jannati’ hancur disebabkan budaya beli belah di kalangan muslimah: Pembentang dari Indonesia

Fahaman asing punca akidah umat Islam rosak: Ketua Wanita Isma

Wanita perlu fokus didik anak ke arah pembangunan jati diri: Presiden Isma

Tugas sebagai ibu perlu diutamakan meskipun bekerja

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?