Johan Abdullah CEO, Pengarah Urusan Kumpulan baharu TH

Datuk Johan

KUALA LUMPUR , Khamis – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan perlantikan Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH yang baharu.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Ismee yang mana ianya adalah selaras dengan Pelan Penggantian Tabung Haji yang telah dirancang sejak Januari 2015 lalu.

Pengerusi TH, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Johan Abdullah akan mengambil alih tugas CEO TH pada 16 Mei ini manakala sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 Julai ini.

“Kami berbangga dan berterima kasih dengan kepemimpinannya sepanjang tempoh melebihi 10 tahun, Tabung Haji telah berjaya melalui transformasi yang telah meningkatkan prestasi kewangan ke tahap yang membanggakan.

“Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji telah bersetuju agar Datuk Johan Abdullah menanggung tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bermula 16 Mei ini,” katanya

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?