KATA PEDANG: Hadirlah sebagai peserta ceramah Zakir Naik, bukan pengacau

02-Najib-hindu

‘Panglima perang Islam’ (gelaran diberi oleh Ab Aziz Kaprawi kepada Najib Razak) diberi kawalan ketat oleh polis dan pengawal keselamatan ketika hadir pada perayaan Thaipusam di Batu Caves. Mungkin polis boleh juga menyediakan sedikit kawalan ketika program penceramah Islam Dr Zakir Naik.

PERTAMA sekali, Pedang nak ucap terima kasih kepada Zahid Hamidi, Shahidan Kassim, Jamil Khir dan banyak lagi pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana berusaha supaya program penceramah Islam terkenal dunia, Dr Zakir Naik di Malaysia, diteruskan.

Pedang juga nak ucap terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar kerana bersetuju membenarkan program berkenaan diteruskan, walaupun pada mulanya beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua program Dr Zakir Naik dibatalkan.

Pedang faham keprihatinan Khalid terhadap isu keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini. Tetapi, Pedang berterus terang beritahu apabila Khalid mengeluarkan arahan membatalkan program tokoh intelek Islam itu, umat Islam di Malaysia memandang serong kepada pasukan polis.

Umat Islam tidak melihat program berkenaan boleh mencetuskan masalah keselamatan dan menganggu ketenteraman awam, kecuali kepada segelintir puak kafir yang salah faham dan tidak mahu cuba memahaminya dengan berinteraksi secara intelek, sebaliknya menggunakan cara ugutan dan maki hamun.

Pedang berbual dengan beberapa rakan yang melepaskan geram terhadap polis yang mereka anggap menghalang dakwah Islam di Malaysia yang mana agama bagi negara ini ialah Islam, sedangkan polis langsung tidak mencari dan mengambil tindakan apa-apa terhadap pendakwah Kristian yang berkeliaran menyebarkan dakyah mereka kepada umat Islam.

Pengguna media sosial sebelum ini banyak melaporkan perihal pendakwah asing itu yang mengedarkan risalah dan buku berkaitan Kristian kepada umat Islam.

Sekali lagi Pedang kata, orang tidak melihat isu keselamatan dan ketenteraman awam yang disebut oleh Khalid, tetapi mereka menganggap pihak polis sengaja menghalang program Islam kerana tidak mahu bersusah payah mengadakan kawalan.

Bagi mereka, jika PDRM boleh mengerahkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menjaga ‘panglima perang Islam’ ketika beliau hadir pada perayaan Thaipusam di Batu Caves, kenapa pula polis tidak boleh meletakkan anggotanya mengawal ketika ceramah Dr Zakir Naik diadakan.

Lagipun, Pedang yakin tidak akan ada apa-apa yang buruk akan berlaku ketika ceramah Dr Zakir Naik. Mungkin, kumpulan pembantah itu akan hadir, tetapi umat Islam di Malaysia tidak akan bertindak melulu, sebaliknya akan menyerahkan kepada undang-undang.

Malah, pembantah yang terdiri daripada Hindraf, MIC dan terbaru puak ultra kiasu dalam MCA, dialu-alukan hadir mendengar dan berinteraksi dengan baik – BUKANNYA DATANG MEMBUAT KACAU yang boleh menimbulkan kemarahan awam.

Pedang sekali lagi berterima kasih kepada menteri-menteri yang bertanggungjawab yang turut membela Islam, bukan hanya membiarkan Islam ini dibela dan dipertahankan oleh NGO seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sahaja. Dan, Pedang juga sekali lagi berterima kasih kepada Khalid kerana bersetuju membenarkan Dr Zakir Naik meneruskan program beliau.

Pedang yakin Khalid akan mengarahkan anggotanya untuk mengawal, memerhati dan mengambil tindakan yang sepatutnya jika ada pihak yang datang ke program itu untuk membuat kacau.

Terima kasih daun keladi.

Kata Pedang: MIC dan MCA sudah tidak mendapat sokongan kaum sendiri dan pada Pilihan Raya Umum akan datang janganlah mengharapkan sangat undi daripada umat Islam. Apa lagi kepada parti rasis dan cauvinis DAP yang pemimpinnya mulut celupar yang menggelar umat Islam sebagai syaitan.

kata-pedang-baru

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?