Kertas siasatan 1MDB dibuka semula, PDRM tubuh penyiasat khas

Inspector-General of Police, Khalid Abu Bakar answers a question during a press conference after visiting the i-City in Shah Alam on October 8, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

KUALA LUMPUR, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan penyiasat khas bagi menyiasat kemelut yang melanda syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas kertas siasatannya dibuka semula.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah merakam percakapan beberapa individu untuk membantu siasatan.

Katanya, selepas itu pihak polis akan terus memanggil individu berkaitan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

“Kita akan menyiasat sama ada terdapat elemen jenayah dan hasil siasatan akan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya,” katanya, memetik Utusan online. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-209 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tan Sri Khalid berkata,  siasatan itu dibuka semula selepas pihaknya meneliti 106 halaman laporan yang dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?