KWSP perluas khidmat e-Pengeluaran untuk pendidikan

KWSP1

KUALA LUMPUR, Jumaat – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan perluasan skim e-Pengeluaran meliputi pengeluaran pembiayaan untuk perumahan dan pendidikan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP hari ini, perluasan itu membolehkan ahli menghantar permohonan secara dalam talian untuk mengeluarkan simpanan bagi membiayai pendidikan anak mereka.

Perkhidmatan e-Pengeluaran sebelum ini terhad untuk pengeluaran pembiayaan perumahan sahaja kini telah berkembang untuk membolehkan ahli membiayai pendidikan anak mereka di peringkat yang lebih tinggi menggunakan simpanan KWSP.

Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish berkata e-Pengeluaran  adalah salah satu perkhidmatan KWSP untuk membolehkan ahli yang mempunyai i-Akaun mengemukakan permohonan pengeluaran mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Kami sedang berusaha ke arah mewujudkan lebih banyak institusi dan bank-bank mengambil bahagian dalam e-Pengeluaran agar lebih ramai ahli menerima faedah pengeluaran melalui kemudahan dalam talian,” katanya.

Malah, beliau turut menggalakkan ahli menggunakan kemudahan e-Pengeluaran kerana ia adalah alternatif yang lebih cekap untuk mengemukakan permohonan perumahan atau pengeluaran pendidikan.

Menurut beliau, 10 buah institusi pengajian tinggi sedang dinilai untuk integrasi dengan e-Pengeluaran.

“Tiga antaranya yang telah disahkan adalah Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Multimedia dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,” katanya.

e-Pengeluaran, yang diperkenalkan pada tahun 2013 kini telah dipertingkatkan dengan lebih penyertaan institusi kewangan.

Antara yang terlibat adalah AmBank, RHB, Maybank, Bank Islam, Overseas-Chinese banking Corporation (OCBC), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan United Overseas Bank.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?