Mahkamah Mesir tangguh keputusan perbicaraan kes Morsi

Mohamed Morsi.

KAHERAH, Sabtu – Mahkamah Mesir hari ini menangguhkan keputusan perbicaraan hukuman terhadap bekas Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi tetapi digulingkan oleh tentera, Mohamed Morsi yang dituduh sebagai pengintip Qatar.

Menurut ketua hakim mahkamah, keputusan itu akan ditangguhkan sehingga 7 Mei ini untuk meneruskan perbicaraan.

Katanya, jika disabit bersalah, ia merupakan hukuman keempat untuk Morsi.

Dalam perbicaraan, pihak pendakwa menuduh Morsi dan 10 lagi defendan membocorkan dokumen sulit kepada Qatar.

Dokumen itu didakwa mengandungi maklumat rahsia untuk keselamatan negara dan didakwa telah diserahkan kepada Qatar untuk AS$1 juta.

Qatar adalah salah satu penyokong kuat Morsi dan Kaherah menuduh Doha menyokong gerakan Ikhwanul Muslimin yang kemudian diharamkan.

Terdahulu, Morsi dijatuhkan tiga hukuman berbeza iaitu hukuman mati, penjara seumur hidup dan 20 tahun penjara dalam tiga perbicaraan berasingan.

Morsi adalah presiden pertama yang dipilih secara bebas, hampir menamatkan tahun pertama sebagai presiden ketika digulingkan oleh tentera Jeneral Abdel Fattah el-Sisi dan beliau ditahan pada Julai 2013.

Beliau kemudian dibicarakan atas tuduhan pengintipan dan memecahkan penjara ketika pemberontakan 18 hari untuk menggulingkan presiden sebelumnya, Hosni Mubarak pada 2011.

Makamah pada 2015 menjatuhkan hukuman mati kepada Morsi selepas didapati bersalah memecahkan penjara dan menyerang balai polis. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?