MAIS sokong Dr Zakir Naik teruskan ceramah

DATO-SETIA-HJ-MOHAMAD-ADZIB-MOHD-ISA

BANGI, Rabu – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menyokong program syarahan tokoh antarabangsa, Dr Zakir Naik diteruskan.

“Selagi ia tidak melanggar kehendak syariat dan peraturan yang ditetapkan, pihak MAIS akan sentiasa menyokong program seperti ini,” katanya.

Katanya, MAIS percaya ceramah yang akan disampaikan oleh Dr Zakir bersifat akademik untuk memberi penerangan kepada masyarakat umum dan bersoal jawab berhubung aspek perbandingan agama.

“Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara, namun peruntukan ini tetap menjamin kedudukan agama-agama lain untuk diamalkan dengan aman,” jelasnya.

MAIS sentiasa mendukung dan memartabatkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Tanggungjawab untuk memelihara Islam merupakan amanah dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh semua pihak dalam urusan pemerintahan negara ni tanpa mengira kaum,” ujarnya.

Menurutnya, semua pihak digesa agar dapat mengekalkan keharmonian beragama dan menjaga sensitiviti penganut berbilang agama di negara ini.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menasihati semua pihak agar tidak melabel mana-mana penganut agama lain dengan gelaran buruk kerana ia boleh mengundang permusuhan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?