Pelajar undang-undang Universiti Chile sokong boikot Israel
BETHLEHEM, Sabtu – Enam puluh empat peratus daripada pelajar Universiti Chile menyokong untuk tidak diadakan sebarang program kembar dengan mana-mana universiti Israel, manakala 56 peratus menolak aktiviti yang membabitkan wakil negara Zionis itu.
Dalam satu kajian yang dijalankan, penganjur mengemukakan dua soalan berkaitan program berkembar dan aktiviti dengan universiti Israel kepada pelajar Fakulti Undang-Undang Universiti Chile di Santiago.
Kedua-dua jawapan menunjukkan pelajar memboikot Israel.
Sebanyak 515 respondan bersetuju untuk tidak melakukan aktiviti di Fakulti Undang-Undang yang membabitkan penyertaan wakil Israel atau yang dibiayai oleh Kedutaan Israel di Chile, manakala 399 tidak bersetuju.
Sebanyak 582 respondan lagi bersetuju untuk tidak ada program berkembar dengan mana-mana universiti, manakala 327 orang tidak bersetuju.
Sebagai pelajar Universiti Chile mereka berpendapat bahawa adalah tidak perlu untuk terus menyokong Israel yang sentiasa melanggar Hak Asasi Manusia.
Israel mendapat kecaman hebat, termasuk daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikutan tindakan kejam terhadap rakyat Palestin serta keengganan berundur dari kawasan yang diduduki. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan