Pelumba negara juara Moto3 dunia elak ‘mandi arak’
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, Isnin – Lagu kebangsaan ‘Negaraku’ berkumandang di Argentina selepas pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi, 17, berjaya meraih gelaran juara Moto3 Grand Prix Argentina, semalam.
Beliau berjaya melakar sejarah buat negara sebagai juara Malaysia pertama motor3 GP dengan catatan masa terpantas 35.452 saat.
Bagaimanapun, apa yang Ismaweb lihat dan bangga dengan anak muda ini bukan sahaja kejayaan yang dihasilkannya di negara itu, tetapi tindakan beliau mengelak daripada dimandikan arak oleh dua peserta yang menjadi naib juara dan tempat ketiga acara itu.
Ini berdasarkan video berdurasi 2 minit 44 saat, ketika acara penyampaian hadiah kepada pemenang di mana Khairul bertindak mengelak apabila dua peserta mengambil botol arak sebagai meraikan kemenangan mereka.
Tindakan anak muda itu secara tidak langsung menjaga imej beliau sebagai orang Melayu dan Islam.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan