Pertemuan Xi-Obama bantu redakan ketegangan di Laut China Selatan
CHINA, Isnin – Pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Washington minggu lepas membantu meredakan ketegangan pertikaian di Laut China Selatan, kata Menteri Luar China, Wang Yi.
China mendakwa, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan juga mempunyai tuntutan kepada hampir seluruh Laut China Selatan, di mana kira-kira 5 trilion dolar AS dagangan kapal yang dibawa melaluinya setiap tahun.
Bagaimanapun, ketegangan yang berlaku boleh meningkat jika Amerika melancarkan satu lagi kebebasan pelayaran di Laut China Selatan, sumber memberitahu Reuters ia dirancang awal bulan ini.
Pegawai-pegawai Amerika bagaimanapun mempertikaikan latihan itu akan berlaku.
China bersungguh-sungguh membantah latihan ketenteraan kerana ia dilihat melanggar kedaulatannya di laut, di mana sebuah pulau buatan manusia telah dibina untuk memperkukuhkan tuntutan wilayah.
“Amerika berkata mereka tidak akan menyokong mana-mana pihak, jadi ia tidak akan menganggu hubungan baik China dan Amerika,” kata Wang dipetik daripada laporan China Daily.
Hubungan antara China dan Amerika akan terus berkembang selepas Presiden Amerika yang seterusnya dipilih November nanti, lapor akhbar tempatan yang memetik kenyataan Wang. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan