Pilih pemimpin cintai bahasa Melayu, kata Naib Presiden Isma

photo_2016-04-18_16-55-28

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Isnin – Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Adzis Abas disifatkan sebagai tidak mempunyai pendirian teguh apabila mengatakan penggunaan bahasa Melayu dalam mahkamah tidak memuaskan, tetapi pada masa sama menyokong pelaksanaan Program Dwi-Bahasa (DLP).

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Abdul Rahman Mat Dali, berkata Malaysia sepatutnya memilih pemimpin yang mencintai bahasa Melayu.

“Beliau gagal memahami perkara asas dalam kenegaraan apabila menyokong pelaksanaan DLP.

“DBP sepatutnya lebih bersungguh-sungguh lagi dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dan memperkayakan serta memperindah bahasa Melayu,” katanya kepada Ismaweb, hari ini ketika mengulas kenyataan Abdul Adzis bahawa amalan penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah seperti melepaskan batuk di tangga dan masih dicemari dengan penggunaan bahasa Inggeris.

Abd Rahman berkata, kepemimpinan negara sepatutnya memupuk sikap yang serius dalam menyokong projek pembentukan identiti negara.

Malah, penguasaan bahasa Melayu di kalangan peguam dan hakim bukan Melayu di negara ini masih pada tahap yang lemah.

“Kerajaan dianggap masih gagal selepas merdeka kerana ramai rakyat yang tak boleh kuasai bahasa Melayu termasuk wakil rakyat. Realitinya, bahasa Melayu masih tidak menjadi budaya apabila ada peguam dan hakim yang menggunakan bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata, pada umumnya ini menggambarkan keadaan rakyat Malaysia yang tidak menanam rasa bangga di dalam diri mereka untuk menggunakan bahasa Melayu.

“Mereka lebih teruja dengan bahasa asing dan tidak peka kepada perkara asas kenegaraan yang merupakan identiti negara. Keadaan ini juga menunjukkan mereka tidak hormat kepada bahasa Melayu dan tidak ada rasa bangga dengan bahasa kebangsaan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?