Raja Muda dan umat Islam di Perlis sertai solat Istisqa

ISTANA ARAU 2

ARAU, Selasa – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail beserta kira-kira 800 orang umat Islam menunaikan sembahyang solat Istisqa (memohon hujan) di perkarangan Istana Arau pagi ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Hamdan Bahari, Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Solat dianjurkan Jabatan Mufti Perlis dan MAIPs bermula pukul 8.30 pagi yang diimamkan Pegawai Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti, Mohd Abd Kadir Sahak.

Mohd Asri memberitahu pemberita kemudiannya solat tersebut mendapat sambutan memuaskan daripada orang ramai walaupun ia dilakukan pada hari bekerja.

“Saya berharap orang ramai terus berdoa bersendirian memohon Allah menurunkan hujan setelah keadaan kemarau agak lama,” katanya.

Hujan turun petang semalam namun sekejap.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Abdul Najib Abdullah berkata hujan turun di kawasan Kangar, Kuala Perlis dan Arau serta sedikit di kawasan utara Perlis yang tidak cukup untuk menambah paras air Empangan Timah Tasoh.

Paras air Empangan Timah Tasoh merekod bacaan 26.10 meter hari ini, merosot  berbanding semalam iaitu 26.12 meter.

Paras kritikal empangan itu ialah 26.50 meter.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?