Ridhuan Tee pertahan minta Sultan Kedah ambil balik Pulau Pinang, tak gentar ugutan DAP

ridhuan-tee

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Rabu – Pensyarah dan juga pendakwah, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini menegaskan bahawa beliau tidak gentar dengan ugutan Pemuda DAP Pulau Pinang yang mahu pihak polis menyiasatnya berhubung satu artikel yang dikeluarkan Isnin lalu.

Beliau berkata, apa yang ditulisnya berkaitan nasib Melayu di Pulau Pinang adalah benar.

“Adakah saya menghasut Sultan? Saya hanya mencadangkan perkara itu. Tetapi kenapa mereka yang ‘gatal punggung’.

“Jika mereka boleh berkata apa sahaja hatta campurtangan dalam hal ehwal Islam, kenapa saya tidak boleh?

“Apa istimewanya mereka? Apa kurangnya saya?,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Menulis dalam sebuah akhbar, Isnin lalu, Prof Ridhuan Tee merayu Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengambil semula Pulau Pinang.

Ini berikutan beliau bimbang jika ultra kiasu ini terus menerus dibiarkan berleluasa di Pulau Pinang, apa akan terjadi dengan nasib Melayu di pulau Melayu ini.

“Justeru, hamba merafak sembah, memohon dan merayu kepada Duli Tuanku Sultan Kedah, ambillah kembali pulau bertuah ini ke pangkuan Tuanku. Kasihanilah umat Islam yang semakin tertindas di sana.

“Benar, sejarah telah menjadi sejarah. Tetapi Duli Tuanku mampu melakukannya,” katanya.

Susulan kenyataannya itu, Pemuda DAP Pulau Pinang menggesa polis menyiasat beliau mengikut Akta Hasutan atas alasan telah menyinggung rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

Prof Ridhuan Tee menegaskan sejarah telah membuktikan bahawa Pulau Pinang adalah milik Sultan Kedah.

“Ini bermakna hak itu boleh diambil semula jika sultan berkehendak. Apakah ultra kiasu tidak faham maksud cadangan dan hasutan?

“Tidak ada ertinya BM dpt A dlm SPM jika BM sekadar menghafal bukan menghayati

“Jadi saya cadangkan kepada mereka yang membuat laporan polis ini untuk masuk semula ke sekolah dan belajar Bahasa Melayu,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?