Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR, Isnin – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini setelah kebimbangan semakin meningkat dalam kalangan pelabur mata wang serantau terhadap dolar AS, mendahului hari kedua mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS pada Rabu, kata para peniaga.
Seorang peniaga berkata, terdapat desas desus pasaran dalam kalangan pelabur bahawa mesyuarat berkenaan akan menaikkan kadar faedah lebih awal.
Bagi yen, beliau berkata para pelabur memberi tumpuan terhadap mesyuarat Bank of Japan (BoJ) yang dijangka memutuskan kelonggaran dasar monetari dalam usaha menyekat kenaikan mata wang.
Pada pukul 5 petang, mata wang tempatan pada 3.9045/9105 berbanding 3.8940/8000 pada Jumaat.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan bercampur-campur.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.8847/8902 daripada 2.8838/8904 pada Jumaat tetapi menokok berbanding yen kepada 3.5119/5182 daripada 3.5281/5342 sebelumnya.
Mata wang tempatan turun berbanding euro kepada 4.3941/4017 daripada 4.3893/3969 tetapi mengukuh berbanding pound kepada 5.6330/6425 daripada 5.5852/5957 pada Jumaat. – Bernama
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan