Semua jenayah Israel akan dibentang di ICC

icc

BAITULMAQDIS, Rabu – Kesemua jenayah yang dilakukan Israel terhadap Palestin akan didokumentasikan dan dibentangkan kepada badan-badan antarabangsa yang berkaitan termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Dr. Saeb Erekat berkata setakat ini berkaitan jenayah perobohan rumah oleh Israel dalam tempoh 24 jam yang lalu, tujuh rumah rakyat Palestin telah dirobohkan di kawasan Baitulmuqaddis Timur, Surif, Qabatia dan Duma oleh tentera Israel.

“Ini adalah satu lagi tindakan hukuman kolektif yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk awam Palestin. Mereka telah melanggar undang-undang antarabangsa.

“Pemberian sewenang-wenangnya bagi jenayah Israel yang berterusan ini tidak akan mencapai penyambungan semula rundingan, malah ia membunuh mana-mana ufuk politik  untuk menamatkan penjajahan Israel di negara Palestin,”katanya dalam satu kenyataan. 

Sebelum ini, Majlis Hak Asasi Manusia dilaporkan telah mengundi satu resolusi untuk memastikan akauntabiliti dan keadilan untuk semua pelanggaran undang-undang antarabangsa di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Jerusalem Timur.

Walaupun mendapat kelulusan negara-negara seperti United Kingdom, Jerman , Latvia, India, Belanda dan Paraguay, Erekat menyeru negara-negara berkenaan mengkaji semula kedudukan mereka.

“Membenarkan Israel untuk bertindak sebagai sebuah negara di atas undang-undang hanya mengabadikan pelanggaran Israel terhadap hak asasi manusia Palestin dan memastikan kemusnahan penyelesaian dua negara.” Dr. Saeb. 

UntUk rekod, pada 13 September 2015 dan 4 April 2016, tentera Israel telah menghancurkan 157 buah yang dihuni oleh penduduk Palestin. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?