Siasatan rasuah dibuat jika ada aduan: SPRM
KUALA LUMPUR, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah sekiranya terdapat laporan yang dibuat.
Mengulas perkara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah yang diadukan kepada suruhanjaya ini.
“Berhubung dengan apa yang dikatakan Tony Pua setakat ini, pihak SPRM belum lagi menerima sebarang laporan ataupun aduan dari pihak beliau.
“Kita akan melihat sebarang aduan yang akan dikemukakan kepada kita dan kita boleh buat apa-apa tindakan seterusnya,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua agar Ketua Polis Negara segera menjalankan siasatan ke atas bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi Azral serta lembaga pengarahnya.
Desakan itu dibuat dalam satu kenyataan susulan pembentangan laporan siasatan PAC terhadap 1MDB yang antara lain mencadangkan siasatan ke atas syarikat itu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan