SPRM nafi lengah siasatan banglo LGE

banglo

KUALA LUMPUR, Selasa – Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini menafikan tuduhan kononnya suruhanjaya itu sengaja melambatkan siasatan terhadap isu pembelian banglo oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tunku Aziz berkata dakwaan kononnya SPRM tidak menunaikan tugasnya menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung pembelian banglo yang didakwa di bawah harga pasaran itu adalah palsu dan tidak adil.

“Perkara itu (pembelian banglo berkenaan) perlu disiasat secara rapi, prosesnya belum lagi selesai dan memanggil KM (Lim) untuk ditemuduga tanpa siasatan penuh, bukan amalan SPRM,” katanya.

Tunku Aziz tempoh yang diambil untuk menyiasat pembelian banglo kontroversi itu bergantung pada jenis kes.

“Kelewatan berlaku disebabkan jenis kesnya yang sangat kompleks dan ia perlu disiasat secara menyeluruh.

“Kami juga ingin meminta orang ramai supaya tidak mudah membuat kesimpulan bahawa SPRM menyebelahi pihak tertentu,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan membeli banglo berkenaan di bawah harga pasaran daripada Phang Li Koon, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang membeli tanah Taman Manggis pada 2012 bagi membina sebuah hospital pakar.

Anggota Parlimen Tasik Gelugor Datuk Shabudin Yahaya menuduh Lim terlibat dengan amalan rasuah dalam pembelian dan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?