Terengganu tawar Dr Zakir Naik buka cawangan IRF di Tasik Kenyir
TERENGGANU, Khamis – Kerajaan negeri Terengganu hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pendakwah Islam antarabangsa Dr. Zakir Naik bagi membuka cawangan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) di negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau telah memberi tawaran salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir kepada Dr Zakir Naik bagi membuka cawangan IRF pertama di Asia Tenggara.
Katanya, Presiden IRF itu menunjukkan minat mengenai tawaran berkenaan dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersamanya esok.
“Kerajaan negeri telah memberi tawaran kepada Dr. Zakir Naik untuk menjadikan salah satu pulau di Tasik Kenyir sebagai salah satu lagi cawangan IRF yang dikendalikannya di Mumbai, India.
“Esok saya akan membuat perbincangan khas dengan Dr. Zakir dan saya berharap hasil perbincangan ini akan mendapat satu keputusan yang boleh memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri ini memandangkan Dr. Zakir mempunyai aura yang cukup besar dalam aktiviti dakwah,” katanya memetik porta; Teganu kita.
Susulan itu Datuk Razif membayangkan sekiranta hasrat berkenaan dapat direalisasikan, ia sekaligus dapat membantu mengembangkan lagi usaha dakwah yang dilakukan olehnya.
Lebih-lebih lagi untuk menonjolkan kehidupan Islam yang sebenar selain menjadi panduan kepada seluruh masyarakat yang mana Islam pada asasnya yang bergantung kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan