Tiada pesta liar Full Moon di Pulau Perhentian malam tadi

576a545f-599e-4129-aacb-74c1f9336c84
PULAU PERHENTIAN , Rabu – Pesta ‘Full Moon Beach Party’ yang dijadual berlangsung di Pulau Perhentian pada 19 dan 20 April telah dibatalkan pada malam tadi oleh pihak penganjur susulan banyak bantahan daripada pelbagai pihak.

Tinjauan dan pemeriksaan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut mendapati tiada sebarang aktiviti seperti yang dirancangkan berlaku di kawasan tersebut malam tadi.

Malah Ops Pesta Liar yang telah beroperasi awal beberapa hari sebelum tarikah pesta tersebut berlangsung juga mendapati kawasan tapak pesta di Long Beach Pulau Perhentian lenggang dan tidak ada tanda-tanda aktiviti tersebut akan berlangsung mengikut tarikah yang telah ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata sehingga kini sebanyak lima laporan berhubung penganjuran pesta itu telah dibuat oleh beberapa pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO Besut.

Susulan daripada aduan tersebut pihak polis telah memberi amaran tegas terhadap pihak penganjur aktiviti tersebut.

Pesta ‘liar’ itu dikatakan mendapat sambutan orang ramai termasuk remaja beragama Islam di pulau itu selepas penganjur membuat publisiti di dalam laman sosial Facebook dengan menawarkan pakej menarik kepada pengunjung.

Isu ini menjadi kontroversi apabila ia turut menarik minat ramai remaja yang beragama Islam.

Difahamkan, sehingga kini pihak berkuasa menjelaskan bahawa tiada sebarang pihak tampil untuk memohon permit bagi penganjuran pesta itu daripada Majlis Daerah Besut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?