Tokoh wartawan, Said Zahari meninggal dunia

said zahari

BANGI, Selasa – Bekas editor Utusan Malaysia dan juga seorang tokoh wartawan, Said Zahari telah meninggal dunia tengah hari tadi.

Anaknya, Norman Said memaklumkan mengenai berita itu melalui status di laman Facebooknya hari ini.

“Innalillah. Ayah saya, Said Zahari telah kembali ke rahmatullah,” katanya.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Semasa hayatnya, Allahyarham telah menulis beberapa karya mengenai hidupnya iaitu Sajak dari Penjara yang diterbitkan ketika beliau masih dipenjara, Meniti Laut Gelora: Sebuah Memoir Politik dan Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir Said Zahari.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?