Wartawan berhak saman ahli politik, menteri: Peguam Negara
KUALA LUMPUR, Rabu – Wartawan di negara ini berhak menyaman ahli politik atau menteri yang mendakwa kenyataan mereka disalah tafsir selepas dilaporkan.
Bercakap perkara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, langkah itu perlu sekali sekala diambil oleh pihak media sebagai pengajaran kepada ahli politik atau menteri.
“Sekali sekala, kamu perlu beri pengajaran kepada mereka. Saya juga tidak suka orang yang berbohong.
“Apabila kenyataan sudah direkodkan dan apa yang ditulis oleh wartawan itu adalah betul tetapi dia menafikannya, bawa dia ke mahkamah!” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis dialog bersama pengamal media bertajuk ‘Media dan Undang-undang: Perspektif Negara’, semalam.
Mengulas lanjut Apandi berkata, setakat ini beliau sudah mengenalpasti dan melihat beberapa insiden oleh satu atau dua menteri yang menafikan kenyataan mereka sendiri.
“Berdasarkan pemerhatian saya, tidak semua menteri bertindak demikian, mungkin satu atau dua. Kamu boleh pilih salah satu dan saman,” katanya lagi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan