Zakir Naik satukan umat Islam, puak liberal rasa terancam
Saya merujuk pada rencana yang diterbitkan dalam Malay Mail Online bertarikh 10 April 2016 oleh Zurairi AR bertajuk ‘Revering Zakir Naik, Malaysia is endorsing his malice’.
Membunuh Peribadi Zakir Naik
Rencana itu nampaknya mahu membunuh kredibiliti Zakir Naik dengan memetik keputusan pihak kerajaan Canada dan UK menolak kemasukan Zakir Naik ke kedua negara itu daripada beratus negara di dunia ini.
Sebagai rakyat Malaysia, ianya merupakan pendirian yang sudah diterima oleh pihak kerajaan bahawa rakyat Malaysia tidak boleh memasuki Israel. Kita malah menolak penyertaan Israel dalam pertandingan sukan yang diadakan di negara ini, dan kita tahu Israel begitu dibenci bukan hanya oleh orang Islam tetapi bukan-Islam yang berperikemanusiaan dan berhati bersih.
Saya tidak melihat bagaimana penafian sedemikian akan menjadikan Zakir Naik sebagai seorang yang terkenal dengan keburukan, memiliki tingkah laku yang tidak dapat diterima dan menggalakkan pandangan yang mendatangkan kebencian. Saya gembira bahawa penulis ada menyentuh mengenai Zakir Naik yang mula berdakwah pada tahun 1991 dan sehingga sekarang sudah 25 tahun lamanya.
Malangnya, penulis memilih-milih dalam memetik beberapa kenyataan Zakir Naik dalam tempoh masa 25 tahun ini dan mengambilnya di luar konteks daripada banyak kenyataan lain yang memberi inspirasi, berasaskan kajian dan berorientasikan fakta.
Kenyataan kontroversi itu adalah, ‘Jika dia [Osama] menggempur pengganas, jika dia menggempur Amerika, pengganas yang paling besar, saya bersamanya.’ Tetapi penulis gagal memahami kenyataan itu sepenuhnya dan dengan terperinci, dan dengan sengaja mengelirukan maknanya.
Merujuk pada ayat itu, pertama sekali, Zakir Naik mengatakan ‘jika’ yang bermakna beliau tidak pernah bersetuju dan menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Osama.
Kedua, Zakir Naik menyarankan bahawa Amerika merupakan pengganas yang paling besar, satu kenyataan yang sedia umum diketahui pada masa ini, dan bagi orang Islam, Amerika adalah di antara musuh yang paling besar.
Ketiga, adalah sentiasa bertepatan dan dikehendaki bahawa jika satu kumpulan orang Muslim yang akan menentang musuh Islam paling besar, maka orang Islam lain patut menyertainya dan mengikut jejak langkah itu.
Hanya fakta yang dipersoalkan adalah penulis tidak menyatakan apa-apa berkenaan Amerika yang merupakan musuh paling besar, yang menyebabkan kita tertanya-tanya jika dia menyokong Amerika.
Di sebalik insiden tragik dengan kehilangan nyawa, jangan kita tidak tahu sebab sebenar dan asal usul peristiwa ini. Ianya adalah pihak Amerika dan blok Barat di bawah beberapa pemimpin AS yang diketahui ramai yang menjajah negara-negara Islam, mencuri sumber negara dan akur dalam membunuh wanita Muslim dan kanak-kanak hanya untuk merealisasikan New World Order dan mengekalkan kuasa mereka.
Semua ini adalah sebab di sebalik serangan dan pengeboman berani mati. Ini adalah bukti luka yang mendalam dan penderitaan yang berterusan. Ini adalah kenyataan jelas merasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di negara dan kampung halaman mereka.
Sesungguhnya Amerika merupakan pengganas yang paling besar dan disebabkan hanya dengan beberapa patah perkataan oleh Zakir Naik, beliau disalahkan dan disifatkan sebagai terkenal dengan keburukan.
Memperkecilkan Agong, Institusi Agama Tempatan dan Golongan Cendekiawan
Penulis nampaknya mahu menyarankan bahawa di sebalik penafian kemasukan di negara tertentu dan kenyataan provokasi oleh Zakir Naik yang dikatakan sebagai ‘tidak boleh dipercayai’, orang Islam Malaysia nampaknya amat mengalu-alukan pendakwah perbandingan agama ini.
Majlis Zakir Naik pada tahun 2012 dihadiri oleh Tun Mahathir dan Zakir Naik malah telah dianugerahkan sebagai ‘Tokoh Maal Hijrah’ oleh Yang di-Pertuan Agong. Seseorang tidak dapat mengelak tetapi untuk merasakan seolah-olah penulis menyarankan bahawa Zakir Naik tidak sepatutnya dialu-alukan sebegitu dan dianugerahkan dengan anugerah itu.
Jika itu masalahnya, mengapa kemudian bekas Mufti Perlis mengalu-alukan Zakir Naik ke Perlis untuk berceramah, mengapa Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa cendiakawan Muslim lain memperakui kredibiliti Zakir Naik, dan mengapa majoriti orang Islam merasa marah apabila majlis Zakir Naik dihalang? Yang paling penting sekali, mengapa semua orang Islam, tidak kira perbezaan dalam sebahagian isu khilafiyyah, kelihatan bersatu dengan kehadiran Zakir Naik?
Di sebalik kenyataan dan kata-kata sokongan ini, penulis dan golongan liberal jahil untuk melihat bagaimana orang Islam berupaya bersatu dan bagaimana kuatnya pengaruh boleh muncul daripada seorang pendakwah bukan warganegara Malaysia berketurunan India Muslim yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Ini hanya membuktikan bahawa Islam merentasi segala sempadan, warna kulit, bangsa dan perbezaan budaya yang mana mereka mendakwa menjadi jaguhnya.
Penulis meneruskan dengan mendakwa pihak berkuasa Islam tempatan tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mereka untuk mengekang fahaman pelampau yang dibantah. Fahaman pelampau adalah subjektif dan ia bukan hanya bermakna melampau dari segi bentuk kekerasan dan perbuatan keganasan.
Ia juga boleh diperluaskan melampau dalam bentuk pemikiran liberal dan yang belum pernah berlaku, antara lain, mendakwa bahawa seks kanak-kanak adalah tidak mengapa tetapi bukan perkahwinan kanak-kanak, LGBT sepatutnya bebas untuk menentukan sendiri bahawa Malaysia adalah negara sekular apabila Perlembagaan dengan jelas menyatakan kedudukan Islam.
Ini merupakan satu lagi bentuk fahaman pelampau pada hujung kontinum lain yang mana penulis dan golongan liberal ketepikan dengan sepenuhnya, dan apabila pihak berkuasa agama menyerbu majlis LGBT untuk membenteras fahaman pelampau sebegitu golongan liberal mencela mereka dengan menyatakan tidak mengikut undang-undang dan tidak bermoral.
Golongan liberal berasa terancam dengan Zakir Naik
Tidak dapat dinafikan kenyataan bahawa golongan liberal merasa takut dengan Zakir Naik dan kredibilitinya. Bukan kerana provokasi atau isu sensitiviti, tetapi kebenaran yang mana dipegang oleh Zakir Naik dengan konsisten sepanjang pengalamannya berdakwah.
Kita juga tidak dapat menafikan kenyataan bahawa kebenaran mungkin adalah sensitif atau provokatif tetapi seorang tokoh seperti Zakir Naik bukanlah seorang yang menutup kebenaran daripada masyarakat, malahan jika beliau dihujani dengan pandangan skeptis dan kebencian.
Ilmunya dan memahani perbandingan antara agama memberikan beliau peluang untuk menarik orang ramai daripada kepercayaan berbeza dan akhirnya mempengaruhi dan menunjukkan mereka jalan yang benar iaitu bahawa Islam sebagai cara hidup. Jika kita melihat sendiri, Zakir Naik cuba membimbing orang Islam dan bukan Islam kepada Islam dan berada dekat dengan Allah tetapi pada masa yang sama golongan liberal memperjuangkan nafs manusia yang tidak wajar dan intelektualisme yang cacat.
Seruan mereka untuk mengadakan dialog antara agama yang tidak pernah berlaku hanya kekal hanya sebagai gema yang diucapkan banyak kali dengan kata-kata tetapi tanpa tindakan dan bukti. Mereka juga takut berdepan dengan NGO Muslim dan pendebat terkenal Muslim, sebagai contoh dalam kes debat antara Wanita ISMA, Sisters in Islam dan Sister Zara Faris yang dibatalkan oleh SIS.
Maka kita tahu bahawa rencana itu ditulis dengan niat melakarkan imej buruk pada Zakir Naik dan membina persepsi yang tidak betul terhadap beliau. Tetapi kenyataannya, orang Islam bersatu dan golongan liberal merasa terancam.
Danial Ariff bin Shaari
I-Peguam
Diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Nabilah Abd Jalil.
Artikel asal: http://ift.tt/1qFfA5Q
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan