Azmin tetap berkeras mahu masuk Sarawak Rabu ini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) deputy president Azmin Ali speaks to media outside his party's headquarters in Petaling Jaya on September 22, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

SUBANG JAYA, Ahad – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkeras untuk memasuki Sarawak pada Rabu ini tanpa membuat permohonan rasmi seperti diminta Kerajaan Sarawak.

“Saya akan berkunjung semula ke Sarawak buat kali kedua untuk membantu jentera parti pilihan raya di sana.

“Tetapi kali ini, saya tidak akan merayu menerusi surat permohonan kepada beliau (Adenan) walaupun diminta berbuat demikian sebelum memasuki negeri itu,” katanya selepas program Hari Perarakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) 2016 sempena sambutan Hari Buruh, pagi tadi.

Pada 29 Mei lalu, Azmin diarah meninggalkan negeri itu oleh pegawai Jabatan Imigresen ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

Azmin menyifatkan tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebagai satu penghinaan kepadanya yang merupakan Ahli Parlimen dan rakyat negara ini untuk bebas berkunjung ke mana-mana negeri dalam Malaysia.

Adenan walau bagaimanapun dilaporkan bersedia membuat pertimbangan terhadap permohonan melanjutkan tempoh tinggal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, di Sarawak dan juga Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR di Sarawak.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?