Gangguan bekalan air sementara di Petaling, Sepang dan Hulu Langat
KUALA LUMPUR, Isnin -Gangguan bekalan air sementara berlaku di beberapa kawasan di Petaling, Sepang dan Hulu Langat ekoran paip pecah di Puchong Gateway di sini, kata Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah.
Katanya, kerja-kerja pembaikan giat dijalankan untuk memulihkan bekalan air di kawasan terlibat dengan kadar segera.
“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas 12 tengah malam ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air kecemasan telah dihantar melalui lori-lori tangki ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara.
Beliau berkata antara kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di Petaling termasuk Taman Pinggiran Putra 1 dan 2, Taman Equine, Pasar Borong Selangor, Taman Puncak Jalil 1 hingga 9, Bandar Bukit Puchong 1 hingga 9, Pekan Seri Kembangan, Taman Serdang Raya 1 hingga 8, Taman Seri Serdang, Taman Kembangsari, Taman Seri Andalas dan Taman Serdang Lama.
Sementara itu, di Sepang, kawasan terbabit ialah Sierra 16, D’Alpinia, Taman Lestari Permai, Taman Alam Putra, Taman Prima Tropika, IOI Mall Puchong, Palm Garden Hotel, Hotel Marriott, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) dan depot minyak Shell Puchong.
Kawasan terlibat di Hulu Langat ialah Desa Serdang, Gita Bayu, Jalan Dagang, Mines 1, Mines International Convention Centre, Mines Resort & Country Club, Bluewater Estate, The Heritage Condominium Jalan Dagang, Sungai Besi Indah, BHP dan Petronas serta Wisma Huazong, Lebuhraya Sungai Besi.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) akan terus memantau situasi berkenaan dan pengguna bakal dimaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa, aplikasi “mySYABAS” dan laman web www.syabas.com.my.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan