Perpecahan umat Islam buka ruang puak liberal, kafir campur tangan

ustaz mohd firdaus pengarang ismaweb
Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim

BANGI, Selasa – Umat Islam yang semakin kurang bersatu pada hari ini punca pihak liberal dan kafir semakin berani untuk campur tangan dalam segala urusan kata Pengarang Ismaweb, Ustaz Mohd Firdaus Saleh Hudin.

“Golongan ini semakin berani menyuarakan pandangan mereka kerana umat Islam semakin lemah. Kita tidak bersatu dalam memartabatkan nilai agama kita dan maruah agama kita sehingga orang lain berani untuk campur tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sudut Pandang siri ke-2 yang mengulas mengenai topik ‘Kebebasan Bersuara, Realiti di Malaysia’ dalam  di Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di sini, malam tadi.

Beliau berkata, campur tangan mereka bertujuan menguji tahap kesabaran umat Islam kerana mereka tahu umat Islam sudah semakin lemah dalam sensitiviti untuk mempertahankan maruah agama walaupun mempunyai kuasa politik.

“Tetapi, kerana kita mempunyai Perlembagaan yang menjaga hak umat Islam dan orang Melayu, mereka hanya mampu mengganggu sehingga kita berpecah-belah.

“Dari sudut politik, bagi mereka, orang Melayu sudah tidak layak untuk memerintah Malaysia,” katanya.

Justeru, umat Islam seharusnya bersatu walaupun sering bercanggah pendapat dalam beberapa perkara, namun jangan sampai pihak lain melihat ada ruang untuk mereka masuk campur dan menjadi racun dalam isu yang dibincangkan.

“Bersatu akan membentuk kekuatan. Tetapi pada hari ini, kita tidak nampak satu kekuatan yang boleh ditonjolkan sama ada dalam sudut politik atau ekonomi.

“Umat Islam pada hari ini, berpecah dari sudut agenda, matlamat, cara fikiran politik, malah kita juga tidak ada garis panduan perjuangan Islam yang sepatutnya kita warisi sejak dahulu lagi,” ujarnya.

Katanya, perkara ini menjadi punca umat Islam berpecah sehingga ada pihak yang hendak menganggu agama Islam, masih ada yang membantah dan ada  yang bersetuju.

“Lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Dr Ramasamy, memang benar ramai yang membantah, namun ada juga umat Islam yang bersetuju dengan kenyataan itu,” katanya.

Beliau turut menegaskan, pihak yang tidak berkaitan tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan yang melibatkan umat Islam.

“Kalau masuk campur juga, mereka ini tidak tahu adab, tidak tahu perundangan dan tidak tahu menjaga hati umat Islam,” katanya.

Peguam dan aktivis media, Lukman Sheriff turut menjadi ahli panel forum ini.

BERITA BERKAITAN:

Masyarakat perlu bijak nilai isu dimain golongan liberal

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?