Tun Dr Mahathir dedah putar belit Najib dalam parti, kerajaan

mahathirmohamad540px_4

ALOR SETAR, Isnin – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi menceritakan bagaimana putar belit dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak yang membabitkan parti dan kerajaan.

Katanya, dalam isu syarikat pelaburan negara bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bukan kerajaan yang berhutang, tetapi 1MDB yang membuat pinjaman.

Berucap pada bicara Selamatkan Malaysia di pekarangan Wisma Harapan di sini, malam tadi beliau berkata, selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau tidak pernah meminjam wang sehingga RM1 bilion.

“Kita ada had tak boleh pergi lebih jauh dari itu, tapi Najib bijak daripada saya. Bukan kerajaan yang pinjam, tapi syarikat 1MDB yang berhutang. Kenapa begitu banyak hutang diberi kepada syarikat ini, tentulah kerana jaminan oleh kerajaan.

“Secara tak langsung, ini bermakna kerajaan yang berhutang. Sekali lagi nampak putar belitnya, dia tak akan kata kerajaan yang berhutang, sebaliknya hutang 1MDB,” katanya.

Mengenai UMNO, Tun Dr Mahathir berkata, Najib cuba menunjukkan bahawa wujud amalan demokrasi di dalam parti itu dengan pemilihan pemimpin dibuat oleh 2,000 wakil UMNO.

“Kita tahu dia (Najib) menunjukkan kononnya begitu demokratik dalam Umno, pemilihan pemimpin dibuat oleh wakil seramai 2,000 orang. Dia ingin perluaskan supaya lebih ramai ahli Umno dapat menyertai pemilihan pemimpin dan kita berasa lega juga.

“Baik sungguh Najib, yang tak ada hak pun diberi hak. Tapi ini suatu penipuan kerana bukan jumlah undi daripada ahli-ahli diambil kira sebaliknya jumlah bahagian yang menentukan siapa menjadi pemimpin,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?