IS kini lebih agresif sebar ideologi

AYOB KHAN / PC PENYEMBELIHAN RAKYAT SYRIA

KUALA LUMPUR, Rabu – Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman memberi amaran kumpulan pengganas IS semakin agresif dalam menyebarkan ideologi mereka.

Ketua Penolong Pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan itu bertekad menyebarkan ideologi militan dan keganasan serta merekrut ahli baru dalam kalangan rakyat Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.

Malah kumpulan itu turut mengeluarkan majalah digital propagandanya yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, katanya.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga menggunakan medium video, risalah dan usrah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ayob Khan berkata, kandungan majalah itu dipercayai banyak merujuk kepada pandangan ekstrem tokoh ulama kontroversi Turki, Ibnu Taimiyyah yang antara pandangannya melabelkan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk yang diamalkan di Malaysia sebagai sesat, syirik, murtad dan ahli neraka.

Katanya, hasil soal siasat mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan IS serta rampasan buku, menunjukkan ramai antara mereka cuba ‘menghalalkan’ perbuatan itu dengan merujuk kepada pandangan ekstrem Ibnu Taimiyyah.

Ayob Khan berkata, dalam menangani perkara itu, Bahagian Counter Terrorism sering memantau penyebaran terbitan IS dari semasa ke semasa bagi mengelakkan ia memasuki negara ini.

“Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat sebarang laman web yang mampu mengancam dan menyebarkan fahaman militan ini,” kata Ayob Khan.

Sebelum ini, tindakan pantas SKMM berjaya menyekat penyebaran akhbar digital IS yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu. – Bernama

The post IS kini lebih agresif sebar ideologi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian