Turki tuntut hukuman penjara seumur hidup ke atas Gulen

1104

ANKARA, Khamis – Pendakwa Raya Turki menuntut dua hukuman penjara seumur hidup dan tambahan 1,900 tahun ke atas ulama buangan, Fethullah Gulen yang didakwa menjadi dalang cubaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden, Recep Tayyip Erdogan Julai lalu.

Mengikut dokumen pendakwaan setebal 2,527 muka surat yang diluluskan Pendakwa Raya, tindakan Gulen adalah memusnahkan Perlembagaan secara paksa, membentuk serta menguruskan kumpulan pengganas bersenjata.

Dokumen itu juga menyatakan Pertubuhan Ganas Fethullah (FETO), gelaran yang diberikan Ankara kepada kumpulan yang diketuai Gulen itu mennyeludup masuk agensi kerajaan menerusi anggotanya yang berkhidmat dalam institusi negara dan unit perisikan.

“FETO menggunakan yayasan, sekolah swasta, syarikat, asrama pelajar, cawangan media dan syarikat insurans untuk memenuhi hasratnya menguasai semua institusi negara,” kata dokumen pendakwaan itu.

Sejak cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai lalu, kerajaan Turki dilaporkan telah melakukan operasi pembersihan di semua agensi di samping mengambil tindakan ke atas ribuan anggota tentera, kehakiman, perkhidmatan awam dan sektor pendidikan dengan memecat atau menahan mereka. -Agensi

The post Turki tuntut hukuman penjara seumur hidup ke atas Gulen appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian