Keganasan dalam kalangan kekasih, ‘stalking’ mangsa dicadang dalam pindaan akta

Datuk-Rohani-Abdul-Karim-565x376

PUTRAJAYA, 19 Muharram 1438H, Khamis — Keganasan dalam kalangan kekasih, ‘stalking’ (menghendap) atau ‘intimidating’ (menakutkan) mangsa antara yang dicadangkan untuk dimasukkan dalam pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pindaan akta itu termasuk memperluaskan takrifan keganasan dan menambah baik kelompongan untuk mencegah keganasan rumah tangga dan memberikan perlindungan kepada pihak yang terlibat.

Beliau berkata, pindaan akta itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan.

Pihak kementerian, katanya, mengadakan sesi pertemuan untuk pindaan akta itu dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), pakar undang-undang, ahli akademik, pertubuhan sosial, persatuan wanita dan juga mangsa sejak beberapa tahun lepas.

“Proses (pertemuan) ini masih berterusan. Ia ke arah peringkat akhir,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pembangunan Wanita dan Keluarga di sini hari ini.

Rohani berkata, kes keganasan rumah tangga melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas juga menunjukkan peningkatan.

“Bagi saya ia sangat membimbangkan. Pada usia 60 tahun, mereka patut lebih penyayang dan bukan ganas. Saya berharap pindaan akta dapat menangani masalah ini juga,” katanya.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 424 kes keganasan rumahtangga dilaporkan sehingga Jun tahun ini.

Pada tahun lepas, 667 kes keganasan rumahtangga dilaporkan manakala 2014 (707 kes) dan 2013 (488 kes). — Bernama

The post Keganasan dalam kalangan kekasih, ‘stalking’ mangsa dicadang dalam pindaan akta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian