Kesenian tenunan kain limar gambaran ketamadunan orang Melayu terdahulu

noniphamplet_back

SHAH ALAM, 19 Muharram 1438H, Khamis – Tenunan kain limar perlu dikagumi dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dek kerana kehalusan seni dan mutu yang ditonjolkan dalam setiap penghasilannya.

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, ini kerana kesenian itu menggambarkan ketamadunan orang Melayu terdahulu yang rajin berusaha serta mampu menghasilkan kerja tangan bermutu tinggi.

“Keunikan dan kualiti seni tenun yang terbukti kecemerlangannya mampu mengukir keunggulan dan menaikkan imej negara dalam industri rekaan tekstil di arena antarabangsa,” titahnya dalam majlis pelancaran buku Ikat Limar – The Ancient Malay Textile dan perasmian pameran seni tekstil di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Tunku Azizah Aminah Maimunah bertitah, pelancaran buku berkenaan diharap dapat menjadi titik mula untuk terus memajukan seni tenun pada masa depan.

“Saya difahamkan bahawa buku ini adalah hasil usaha penulisnya untuk mengembalikan kegemilangan dan keagungan kesenian kain tenun limar yang merupakan kain warisan Melayu terdahulu,” katanya.

Buku Ikat Limar – The Ancient Malay Textile yang mempunyai 188 halaman merupakan hasil kajian, pendokumentasian dan garapan Pensyarah Kanan Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM, Profesor Madya Dr. Norwani Md. Nawawi yang berkisarkan mengenai kain tenun limar yang telah lama dilupai oleh masyarakat Melayu masa kini.

The post Kesenian tenunan kain limar gambaran ketamadunan orang Melayu terdahulu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian