RUU 355: Tak faham, salah maklumat punca campur tangan bukan Islam

ruu355

Penduduk bukan Islam di negara ini masih khuatir dan ditakut-takutkan oleh segelintir pemimpin mereka berkenaan pindaan kepada Akta 355. Tidak terkecuali adalah kepimpinan dari kalangan agamawan mereka. Pengarah Kairos Dialog Network, Eugene Yap berpendapat bahawa orang bukan Islam akan menerima kesan daripada pindaan tersebut.

Kata beliau, perbicaraan di Mahkamah Syariah melibatkan orang bukan Islam adalah antara punca bantahan terhadap Akta 355. Harus diingatkan bahawa, pindaan ini adalah berkenaan perkara-perkara jenayah semata-mata dan bukan perkara-perkara lain.

Hal-ehwal rumahtangga, isu penjagaan anak, cerai dan rujuk tidak terkesan akibat pindaan ini. Terdapat satu usaha yang jauh dari kebenaran untuk mengaitkan akta ini dengan isu berkenaan penjagaan anak, permohonan murtad dan lain-lain lagi. Kita sangat berharap kepada mereka-mereka yang ingin membicarakan akta ini, lakukannya dengan menimba ilmu mengenai isunya terlebih dahulu.

Tidak mustahil orang ramai akan menerima bulat-bulat kata-kata ahli politik dan kepimpinan agama. Adalah menjadi tanggungjawab kempimpinan untuk menyampaikan kebenaran kepada rakyat. Politik ala Donald Trump, yakni dengan menakut-nakutkan rakyat bukan satu kaedah yang bijak untuk mendepani apa-apa isu.

Kenapa tidak dijemput pakar Syariah ke forum yang dianjurkan oleh pihak Kairos? Kenapa tidak dijemput wakil dari parti yang mengusulkan rang undang-undang tersebut? Adakah wajar mengadakan satu perbincangan tanpa wakil dari pihak-pihak yang akan terlibat secara langsung dalam pindaan ini?

Pada 30 September, Majlis Gereja Malaysia telah mengadakan satu forum yang bertajuk “Rang Undang-undang syariah Hadi: Apa orang Kristian perlu tahu”. Ahli panel forum ini terdiri daripada orang bukan Islam, dan tiada wakil dari pejabat peguam, mahkamah syariah dan kepimpinan Islam yang dijemput untuk menjadi ahli panel.

Ini adalah satu bentuk ketidakadilan yang nyata. Apabila terdapat satu Rang Undang-Undang berkenaan jenayah yang dilakukan oleh orang Islam, orang bukan Islam tidak wajar terlibat dalam menentangnya. Melainkan orang bukan Islam juga ingin diadili oleh Mahkamah Syariah seperti di Brunei.

Penyebaran maklumat yang tidak tepat dengan tujuan yang tidak baik hanya akan membawa kepada kecelaruan dan bukannya pehamahan. Jika pemahaman diinginkan maka ahli panel wajib terdiri daripada wakil orang Islam terutamanya dari parti yang mengusulkan pindaan ini.

Bagaimana perasaan orang Kristian, jika orang Islam mula membincangkan Undang-undang yang terkandung di dalam Bible dan menentangnya. Sebagaimana orang Islam tidak tersentuh oleh undang-undang di dalam Bible, begitu juga non-Muslim tidak tersentuh oleh enakmen kanun jenayah syariah di dalam negara ini.

Untuk menyatakan bahawa, rekod lalu berkenaan isu penjagaan anak adalah sebab orang bukan Islam membangkan pindaan ini, ternyata yang berkata demikian tidak tahu menahu mengenai undang-undang syariah di negara ini.

Adalah tidak wajar bermain dengan sentimen orang Islam di negara ini atas pelbagai sebab. Pertama sekali, ini adalah sebuah negara Islam yang mana ketua agama adalah Raja-raja Melayu. Menentang Enakmen Kanun Jenayah Syariah bagaikan masuk campur dalam urusan Raja-raja Melayu oleh golongan bukan Islam.

Sudah tentu campurtangan ini tidak disenangi oleh orang Islam. Apatah lagi berkenaan isu yang tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Telah diingatkan berkali-kali bahawa pindaan ini bukan untuk memperkenalkan hudud dan tidak melibatkan orang bukan Islam.

Orang Islam menyokong pindaan ini atas pelbagai sebab dan pegangan agama. Adalah tidak munasabah bagi penganut agama lain masuk campur urusan Agama orang Islam. Demi bersatu sebagai warga negara Malaysia, kita perlu menghormati dan memahami agama lain yang ada. Tidak boleh seseorang dari satu agama masuk campur dalam urusan agama lain.

Marilah bersatu sebagai rakyat Malaysia, demi negara yang indah ini. Apa yang kita lakukan hari ini akan membentuk masa depan negara. Semoga kita terus dilindungi oleh Allah S.W.T. dalam memartabatkan Islam.

Rehan Ahmad Bin Jamaluddin Ahmad
Felo Penyelidik, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net

The post RUU 355: Tak faham, salah maklumat punca campur tangan bukan Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian