30 maut, 70 cedera letupan di ‘perkuburan keramat’

keramatan

BALOCHISTAN, 13 Safar 1438H, Ahad – Sekurang-kurangnya 30 terbunuh, manakala 70 lagi cedera apabila bom diletupkan di kawasan ‘perkuburan keramat Shah Norani’ di daerah Khuzdar, semalam, lapor agensi berita tempatan.

Angka kematian dan kecederaan dijangka meningkat, di mana kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Laporan menyebut, letupan berlaku ketika upacara ‘sufi’ dijalankan di sekitar perkuburan berkenaan.

Perkuburan itu terletak di kawasan berbukit, selain kedudukannya yang jauh dan masalah komunikasi menyebabkan anggota tentera dan penyelamat lewat tiba. Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam letupan itu.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital di Karachi,” kata Menteri Dalam Negeri Balochistan, Mir Sarfaraz Ahmed Bugti.

Perkuburan itu dikatakan keramat dan menarik ramai pengunjung, terutama pada hari Jumaat. Rakyat Iran juga kerap melawat perkuburan itu. – Agensi

The post 30 maut, 70 cedera letupan di ‘perkuburan keramat’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?