30 peratus penagih berulang adalah remaja, wanita

dadah

KUALA LUMPUR, 16 Safar 1438H, Rabu – Sebanyak 30 peratus penagih dadah berulang di negara ini membabitkan remaja dan wanita.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata, berdasarkan maklumat yang disalurkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), seramai 4,908 wanita terbabit dengan kes dadah dari 2009 hingga Ogos tahun ini.

“Daripada jumlah itu, beliau berkata, jumlah wanita terbabit penagihan dadah paling tinggi pada tahun 2011 iaitu 1,013 orang .

“Manakala jumlah penagih berusia 18 tahun dan ke bawah antara 2009 hingga Ogos tahun ini adalah 5,883,” katanya menjawab soalan tambahan, Datuk Dr Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan penagih terjebak dalam dadah kerana pengaruh rakan sebaya, perasaan ingin tahu dan mencari keseronokan di kelab malam.

“Bagi wanita pula ramai yang terjebak dengan syabu dan dadah jenis ‘ice’ kerana mereka hendak kuruskan badan,” katanya.

The post 30 peratus penagih berulang adalah remaja, wanita appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?