30 peratus wanita dilantik menjadi lembaga pengarah syarikat awam

Women, Family and Community Development Minister Rohani Abdul Karim speaks during a press conference after a ceremony to celebrate Women, Family and Community Development Ministry target groups in Kuala Lumpur on July 27, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Sumber foto: TMI

PETALING JAYA, 22 Safar 1438H, Selasa – Sejumlah 79 daripada 930 syarikat senaraian awam mencapai kadar 30 peratus jumlah wanita sebagai anggota lembaga pengarah sehingga September tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Rohani berkata, perkembangan itu menunjukkan petanda positif dan berada di landasan yang betul bagi mencapai bahagian Malaysia melalui ‘Kelab 30 Peratus’ yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.

Katanya, kelab berkenaan bertujuan untuk membantu negara mencapai sasaran meningkatkan tiga kali ganda peratusan jumlah wanita sebagai anggota lembaga pengarah sesebuah syarikat kepada 30 peratus menjelang tahun ini.

Menyentuh penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja, beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) tidak lama lagi bagi menganjurkan program ‘Wanita kembali Berkerjaya’, bagi menyediakan peluang kerja kepada wanita yang berhenti kerja untuk menjadi ibu.

“Kira-kira 63 peratus enrolmen di universiti awam adalah wanita, namun sejumlah besar daripada mereka cenderung untuk berhenti kerja berikutan masalah peribadi atau komitmen keluarga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Mengenai Integriti dan Tadbir Urus anjuran Institut Pengurusan Wanita (WIM) di Petaling Jaya semalam.

“Program ini akan menyediakan peluang kerja sepenuh masa yang fleksibel kepada suri rumah sepenuh masa agar mereka dapat kembali bekerja,” katanya.

Rohani berkata, di Korea Selatan dan Jepun, wanita yang mungkin lebih awal berhenti kerja akan bekerja semula namun di Malaysia mereka yang berbuat demikian tidak akan kembali bekerja.

Katanya, kementeriannya akan berusaha menggalakkan wanita untuk menyertai pasaran tenaga kerja memandangkan matlamatnya telah ditingkatkan kepada 59 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 hingga 2020). – Bernama

The post 30 peratus wanita dilantik menjadi lembaga pengarah syarikat awam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?