90 maut nahas kereta api tergelincir di India
UTTAR PRADESH (India), 20 Safar 1438H, Ahad – Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh dan lebih 100 cedera dalam nahas kereta api ekspres tergelincir di utara Uttar Pradesh, India, hari ini.
Insiden yang membabitkan kereta api ekspres Patna-Indore dipercayai berlaku pada jam 3 pagi Ahad waktu tempatan ketika dalam perjalanan di antara bandar timur Patna dan bandar pusat Indore.
Ketua Polis Uttar Pradesh, Daljit Singh Chawdhary berkata, nahas tersebut adalah kemalangan terbesar yang berlaku dan menjangkakan angka kematian akan terus meningkat.
“Angka kematian malangnya terus meningkat dan kini 91 orang dipercayai terkorban.
“Rata-rata anggota penyelamat dan perubatan termasuk polis, doktor dan pasukan Bencana Negara berada di lokasi kejadian bagi operasi mengeluarkan mangsa,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan India, Suresh Prabhu dalam satu kenyataannya berkata, kerajaan akan menyiasat punca nahas dan berjanji akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang didapati bersalah terlibat dalam kemalangan tersebut.
Setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti. – Agensi
The post 90 maut nahas kereta api tergelincir di India appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan