Agama anak kekal ikut agama asal perkahwinan meskipun ibu atau bapa masuk Islam

azalinaothman2705c_620_413_100

KUALA LUMPUR, 21 Safar 1438H, Isnin – Agama anak kepada pasangan yang bercerai kerana seorang daripada mereka memeluk Islam, kekal mengikut agama asal perkahwinan pasangan terbabit.

Perkara itu termaktub dalam pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika mengemukakan usul di Dewan Rakyat, hari ini berkata, bacaan kali pertama pindaan Akta 164 dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat kali ini manakala bacaan kedua akan dibacakan dalam sidang akan datang.

Menerusi pindaan akta itu yang terkandung dalam Seksyen 88A (seksyen baharu), penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuan ibu bapa anak terbabit.

Pindaan itu juga mewujudkan seksyen baharu iaitu 51A yang menetapkan jika seorang daripada pasangan memeluk Islam dan meninggal dunia sebelum perkahwinan mereka dibubarkan, mahkamah berkuasa membahagikan aset perkahwinan pasangan terbabit.

Pasangan bukan Islam turut mempunyai hak memfailkan perceraian di mahkamah sivil dan menuntut nafkah, hak jagaan anak, pembahagian aset perkahwinan.

The post Agama anak kekal ikut agama asal perkahwinan meskipun ibu atau bapa masuk Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?