Agenda apa dan siapa pula di sebalik BERSIH 5?

15027932_1345784482112225_6653807729543896351_n

MEMECAH monopoli bangsa Cina dalam BERSIH 4 atau memulakan langkah untuk “Regime Change”?

Sekiranya para penyokong pasukan bolasepak Kedah sanggup berkorban untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam tidak berapa lama dahulu, bersediakan penyokong-penyokong BERSIH untuk berkorban juga demi menjayakan BERSIH 5 di ibunegara besok?

Rakyat Malaysia telah menyaksikan bahawa BERSIH 4 dimonopoli oleh hampir 95 % peserta dari bangsa Cina. Walaupun terdapat peserta-peserta dari kumpulan Islamis progresif, BERSIH 4 sudah terbukti gagal.

Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa kehadiran kumpulan kecil ini hanya menguatkan persepsi umum bahawa agenda BERSIH 4 bukan untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.

Saya yakin BERSIH 5 tidak akan dipenuhi oleh peserta-peserta berbangsa Cina seperti sebelum ini. Mereka telah menggagalkannya dengan aksi-aksi menghina dan memburukkan pemimpin negara melebihi batas-batas akhlak dan kesopanan yang munasabah.

Kehadiran kumpulan Islamis progresif, di samping membuktikan kecenderungan politik berhaluan kiri dan liberal mereka, tidak dapat menyokong penglibatan mereka sebagai sesuatu aksi yang menepati kehendak-kehendak Syara’.

Seseorang pemerhati yang membaca senarai tuntutan di sebalik BERSIH akan mendapati bahawa ia adalah seumpama Rancangan Dasar untuk melaksanakan “Regime Change” (Penukaran Pemerintah) yang menjadi sinonim dengan pergerakan-pergerakan sivil di luar negara, contohnya di Hong Kong, Mesir, Tunisia dan Ukraine.

Kalimat-kalimat seperti ketelusan, ketidakadilan, pilihanraya bebas, kebebasan dan seumpamanya adalah mantera yang sama dalam kebanyakan pergerakan sivil di lain-lain negara.

Kalimat ini pernah menjatuhkan pemerintahan beraja di Perancis melalui “regime change” dan beberapa negara Arab di zaman moden.

Kalimat ini jugalah yang sama digunakan oleh kuasa-kuasa Barat, khususnya Amerika Syarikat untuk menukar kerajaan melalui proses pilihanraya (yang menepati kehendak-kehendak kerajaan Amerika sendiri).

Kaedah dan strategi yang digunakan sudah menjadi satu piawaian – pemberian dana, latihan, kursus dan penajaan progrem-progrem yang berselindung di sebalik agensi-agensi atau NGO-NGO tertentu.

Pengalaman di Filipina satu masa dulu, di Hong Kong dan Mesir contohnya menunjukkan keterlibatan pihak Gereja, aktivis-aktivis liberal dan hak asasi manusia, penggerak LGBTQ dan juga penganut-penganut Syi’ah yang masing-masing membawa agenda tersendiri tetapi mempunyai matlamat dan tujuan yang sama.

Sebahagian negara Arab pula menyaksikan sebahagian pendokong dan aktivis Islamis progresif turut sama bergelumang dengan gerakan-gerakan sivil ke arah “regime change”.

Malaysia juga tidak terlepas dari penglibatan kumpulan-kumpulan ini.

BERSIH 5 tidak akan membawa apa-apa penambahan atau inspirasi baru kepada apa yang gagal dicapai oleh perhimpunan-perhimpunan sebelumnya.

Skrip, pelakon, pentas, pengarah, hulubalang, tukang sorak, penulis-penulis upahan dan tentera alam maya dan lakonan-lakonannya tetap sama.

Barangkali juga insiden terjun di Jambatan Pulau Pinang akan dijadikan modal baru kali ini, kononnya untuk mencontohi Arab Spring.

PAS mengambil langkah yang bijak dan matang untuk tidak memalitkan dirinya dengan BERSIH 5.

Begitu juga umat Islam yang bermanhajkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Demikian juga rakyat Malaysia yang berfikiran waras secara umumnya.

Parti-parti politik pembangkang lain yang terlibat juga tidak mempunyai agenda baru untuk BERSIH 5 kali ini selain dari apa yang sering dilaungkan di pentas-pentas ceramah politik dan siaran-siaran media cetak dan alam maya mereka.

Aktivis-aktivis dari kumpulan Islamis progresif pula tidak ada pilihan melainkan meneruskan penglibatan dalam agenda BERSIH, yang mereka pasti akan kerahkan ahli-ahli mereka untuk turut serta besok.

Begitu terdesak sekali untuk mempastikan peserta-peserta Melayu akan turun berdemo!

Sekiranya agenda utama tidak berjaya dicapai, maka acara ber ”selfie” beramai-ramai sekurang-kurangnya diharap dapat mengubati kekecewaan yang terpendam di hati, sambil berkhayal dengan “self grandeur” yang mencandukan minda dan perasaan.

Yang diperdayakan akan merasakan perjuangan sudah berjaya!

Minions tetap minions.

Alahai kesiannya …

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim malaysia
(iPeguam)

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net

The post Agenda apa dan siapa pula di sebalik BERSIH 5? appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?